Jika inginkan MUTIARA yang bekerdipan, menyelamlah ke LAUTAN DALAM

Thursday, April 9, 2009

"KETIKA DAN KALIMAT"

Mukaddimah

Bismillahhirrahmanirrahim…


Saya buka bicara hati dengan firman Allah dalam Surah Faatir 35:28 Juzuk ke 22; “ Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar) perintah Allah dari kalangan hamba-hambanNYA hanyalah orang-orang yang berilmu” . Berdasarkan maksud ayat tersebut timbul kemusykilan iaitu dunia ini penuh dengan cerdik pandai tetapi ramai di kalangan mereka tidak beriman kepada Allah. BBM 3410 (Bahasa dalam Multimedia) merupakan salah satu subjek yang menyeronokkan bagi saya kerana subjek ini bersifat teori dan praktikal disamping diadakan juga kelas amali. Saya meminati subjek ini bukan bermakna ianya semata-mata subjek wajib, tapi hakikatnya, saya melihat subjek ini dalam konteks yang lebih luas rentetan perkembangan pesat teknologi maklumat dan ICT (Information and Communication Technology). Jika kita belajar bahasa sahaja tanpa menghiraukan perkembangan teknologi maka bahasa yang kita pelajari tidak dapat disebarkan secara meluas. Sewajarnya bahasa bergerak seiring dengan teknologi maklumat bagi membolehkan perkembangan bahasa kita dan mampu bersaing dengan bahasa-bahasa utama dunia. Teknologi juga tidak dapat berfungsi tanpa bahasa kerana bahasa sebagai wadah penyampai bagi membolehkan teknologi digunakan. Walau bagaimanapun, berbalik kepada subjek BBM3410 tadi, saya agak terkilan kerana kursus ini diwajibkan pada semester akhir. Sepatutnya kursus ini diwajibkan dalam semester pertama ataupun pada semester 4 atau 5. Kita sedia maklum perkara ini bukan urusan pensyarah yang mengajar, berkemungkinan atas dasar penetapan oleh pihak fakulti mahupun universiti. Tetapi, saya amat mengharapkan pensyarah yang terlibat mengajar kursus ini memberikan cadangan supaya kursus ini diadakan lebih awal daripada kebiasaan. Walaupun subjek ini amat menyeronokkan, tetapi kekangan masa dan tugasan-tugasan lain begitu menghambat perjalanan kuliah. Kadang-kala tugasan yang begitu banyak di kala bebanan tugasan daripada kursus-kursus yang lain dalam semester akhir telah memberi sedikit tekanan kepada diri saya. Memang betul, pelajar mesti mempunyai daya tahan dan berupaya menggalas bebanan serta bijak menguruskan masa tapi tidak semua pelajar berpewatakan sedemikian. Jelasnya, secara jujur saya meminati subjek ini, waima saya bukanlah seorang pakar IT dan multimedia, tidak kira siapa pun pensyarahnya, yang pasti subjek ini banyak menguji kemahiran dan bakat serta ilmu kebahasaan yang saya miliki untuk dimanfaatkan dalam lapangan digital mahupun multimedia. Jadi, tidak hairanlah saya kerap menghadiri kursus ini walaupun ada ketikanya kesihatan saya tidak memuaskan tapi demi ilmu perjuangan tetap diteruskan.

Mengungkap Pengalaman

Ketika berada dalam kuliah ini, banyak pengalaman yang diperoleh. Sejarah bermula dengan tertubuhnya satu kumpulan yang diberi nama “single is better”. Pengalaman bekerja dalam satu pasukan merupakan satu perkara yang penting dan perlu dipupuk. Bukan mudah untuk bekerjasama jika dalam kumpulan tidak ada toleransi. Walau apapun dengan dorongan dan nasihat DR. Kumpulan kami terus bertahan hingga ke penghabisan kuliah. Melaksanakan kerja bersama-sama dalam suasana tekanan menjadi suatu pengalaman manis walaupun hakikatnya agak merimaskan. Mana tidaknya, setiap tugasan yang diamanahkan terpaksa dibuat dalam keadaan tergopoh-gapah. Pertama-tama sekali, Dr Normaliza memberi peringatan tentang prosedur yang seharusnya dipatuhi oleh setiap pelajar yang mengikuti kelas beliau. Kelas Dr. istimewa sedikit daripada kelas kursus-kursus yang lain. Sebabnya, diperkenalkan undang-undang yang melanggar batas demokrasi sebagai seorang pelajar. Tapi tak mengapa, bagus juga kalau setiap pensyarah menetapkan undang-undang sendiri supaya timbul kesedaran di kalangan pelajar tentang peripentingnya menjaga disiplin dan tingkah laku. Biasala kan..pelajar yang berusia jiwa sentiasa nak memberontak dan tak suka kepada paksaan. Benarkah undang-undang mahupun peraturan itu satu bentuk paksaan secara bijaksana? Terpulanglah kepada setiap individu itu untuk menilainya. Keduanya, ketika kuliah berlangsung suasana agak hambar dan yang peliknya dalam suasana sebegitu pelajar masih boleh memberi fokus sepenuhnya terhadap setiap isi pengajaran. Mana tidaknya, kalau tak disergah pasti suasana jadi haru biru. Saya sendiri pun rasa gementar masa mula-mula masuk kelas ini, pensyarah nampak macam garang tapi hakikatnya sekadar lakonan semata-mata. Tapi risau juga, manalah tahu lakonan itu diterjemahkan dalam bentuk pembahagian markah. Kalau tidak mengikut apa yang dikehendaki dan tugasan yang diberikan tidak menepati citarasa beliau, mungkin padah yang menimpa. Satu lagi, beliau menggunakan pendekatan dengan mementingkan kerjasama kumpulan. Salah seorang ahli kumpulan yang membuat masalah akan menjejaskan markah individu yang lain dalam kumpulan tersebut. Mungkin inilah satu kaedah beliau untuk mendidik sahsiah diri kami. Walaupun pada awalnya saya rasa terpaksa dan tertekan ketika kuliah, tetapi inilah perkara pertama dan pengalaman pertama yang saya pelajari iaitu pengalaman berdepan dengan insan yang begitu tegas, pengalaman bekerja dalam tekanan, pengalaman memburu masa, pengalaman bekerja dalam satu pasukan dan yang paling penting pengalaman untuk berdepan dengan sebarang situasi dan cabaran serta kemahiran menyerap segala tekanan demi tekanan. Kendatipun begitu, di sebalik semua itu, matlamat sebenar saya mengikuti kursus ini adalah untuk mendalami pengetahuan yang berhubung kait secara langsung dengan aplikasi bahasa ke dalam multimedia dari multimedia kepada bahasa. Sepanjang mengikuti kuliah dan pembelajaran yang disampaikan oleh Dr. beberapa maklumat baharu diperolehi. Secara asasnya, Dr. memberi penerangan berkaitan lima perkara penting iaitu elemen-elemen asas grafik seperti kesesuaian, keseimbangan, warna, teks dan mudah. Selepas itu kami dikehendaki mengingat kelima-lima asas grafik ini kerana ianya akan diguna pakai sepanjang satu semester kuliah ini. Selepas pengenalan kepada asas grafik kami ditugaskan untuk mengaplikasikan asas grafik menggunakan majalah lama. Lembaran majalah dipilih mengikut kesesuaian kelima-lima asas grafik. Selain itu, pada kuliah berikutnya, kami ditugaskan pula untuk menghasilkan esei 8 muka surat yang berkisar kepada elemen multimedia. Tajuk dipilih berdasarkan undian dan kumpulan saya diamanahkan untuk menghasilkan esei yang bertajuk “Pengaruh iklan TV dalam kalangan kanak-kanak. Di waktu inilah kami ketandusan idea di samping kekangan masa yang amat terbatas. Setelah sampai pada waktu yang ditetapkan untuk menghantar kami masih belum dapat menyiapkan seperti mana peruntukan masa yang telah diberikan. Akhirnya, kumpulan kami terpaksa menagguhkan penghantaran esei tersebut dan menambah sendiri waktu kuliah pada ketika itu bertempat di latar siswa. Kumpulan kami sedaya upaya menyiapkan esei tersebut dan akhirnya pukul 3.30 pm pada hari kejadian juga, esei tersebut selamat dihantar melalui email. Hari berganti hari, minggu berganti minggu kuliah teori diteruskan dengan tajuk berkaitan “The World Wide Web” (WWW). Apa yang saya pelajari daripada kuliah yang disampaikan ialah website sebagai koleksi elektronik laman dunia yang mengandungi teks, grafik, audio dan video. Saya juga baru mengetahui bahawa website juga mempunyai pelbagai bentuk. Salah satu daripadanya yang berbentuk dinamik seperti website fakulti, website berkaitan tempahan tiket kapal terbang (www.airasia.com.my, MAS danlain-lain). Terdapat juga laman web yang biasa seperti explorer, netscape, mozilla firefox dan sebagainya. Web juga mempunyai hyperlink atau singkatannya link yang berfungsi untuk mengaitkan dengan web-web yang lain. Terdapat juga beberapa jenis laman web iaitu berkaitan berita, informasi, perniagaan atau pemasaran. Berdasarkan pengajaran yang disampaikan juga saya turut mengetahui beberapa istilah portal (laman web yang menawarkan pelbagai servis, berita (bahan yang terkini termasuk cerita dan artikel yang berkaitan isu terkini, kehidupan, kewangan, sukan dan cuaca. Jika dari aspek hiburan ianya bersifat interaktiviti dan mengikut suasana yang bersesuaian. Dari sudut perundangan pula, laman web ini mengandungi isi kandungan yang berbentuk sebab, pendapat dan idea. Selain itu kuliah ini juga memberi pemahaman kepada saya tentang takrif blog dan wiki. Blog atau weblog adalah laman web tak formal manakala wiki merupakan kolaborasi laman web yang memberi pengguna menambah, mengubah atau memadam (delete). Beza yang paling ketara antara kedua-dua laman ini ialah pengguna tidak boleh memperbetulkan apa yang terdapat dalam blog. Ketika itu juga saya dapat mengetahui takrif multimedia yang sebenar. Sebelum mengikuti kuliah ini saya hanya mengetahui bahawa multimedia berdasarkan takrifan saya sendiri iaitu pelbagai-bagai media tanpa mengambil tahu takrifan sebenar. Jelasnya, setelah mengikuti kuliah barulah saya mengerti dengan lebih mendalam bahawa takrifan multimedia ialah satu aplikasi yang menghubungkan kombinasi grafik, animasi, audio, video dalam realiti maya (kaedah yang nyata bukan khayalan). Menyentuh aspek realiti maya ini, sebenarnya terdapat beberapa cabaran yang menyukarkan peranan bahasa Melayu untuk bersaing dalam jaringan maya ini. Antara cabarannya ialah, dominasi Bahasa Inggeris sebagai bahasa universal ( umumnya ramai yang menganggap bahasa inggeris sebagai bahasa teknologi maklumat), sikap memandang rendah keupayaan bahasa Melayu, kekurangan perisian bahasa Melayu, kekurangan dan ketiadaan istilah, penghakisan rasa cinta terhadap bahasa Melayu, sikap pelabur dan pengusaha teknologi maklumat dan kelonggaran kerajaan. Pada pengakhiran kuliah ini satu soalan yang penting yang mengkhusus kepada subjek BBM3410 telah juga diajukan iaitu “Apakah kaitan bahasa di dalam multimedia? Secara ringkasnya apa yang diketahui semasa kuliah, kaitannya ialah multimedia tidak dapat difahami tanpa bahasa, memudahkan proses terjemahan literasi dan penghasilan animasi digital. Kuliah pada minggu berikutnya, saya telah belajar dan memahami tentang 6 komponen multimedia yang sangat penting yang menjadi asas binaannya iaitu teks, grafik, animasi, audio, video dan interaktiviti. Semasa kuliah pada ketika itu juga, sekali lagi kami diberi tugasan untuk membuat e-majalah. Semasa melaksanakan tugasan ini terasa juga tekanan. Lagi-lagi tekanan masa dan latar siswa jadi penerus kuliah. Nasib baiklah selepas kuliah itu tidak ada kuliah lain. Kalau tidak, mesti menjejaskan markah kumpulan. Apapun, semasa membuat e-majalah beberapa perkara telah dipelajari seperti kaedah-kaedah dan prosedur yang perlu untuk menghasilkannya. Bermula dengan lakaran dan penghasilan papan cerita sehinggalah pengaplikasiannya dalam teknologi maklumat. Walau bagaimanapun, hanya lakaran di atas kertas A3 yang dilipat dua sebagai model e-majalah yang sempat dihasilkan pada ketika itu. Seterusnya, kuliah pada minggu berikutnya berlangsung seperti biasa dengan penekanan aspek teori mengenai sejarah teknologi maklumat dan multimedia. Dalam pengajaran teori, Dr. mengajar secara langsung menggunakan tayangan slaid yang penuh dengan gambar. Peyampaian agak jelas pasal semua pelajar memberi tumpuan dan sepenuhnya pasal Dr. pantang kalau ada pelajarnya membuat bising ataupun bercakap semasa pengajaran beliau. Bunyi technical pen pun tidak boleh. Begitulah tegasnya pendirian beliau dalam hal-hal yang bersangkut-paut dengan ilmu pengetahuan. Pada awalnya, Dr. telah membuka minda kami dengan takrifan IT (Information Technology) dan hubung kait dengan teknologi-teknologi yang lain seperti TV, telefon bimbit, radio dan sebagainya. Gambaran kuliah pada ketika itu seperti yang dapat dirakamkan pada visual di bawah ini :

Uniknya sepanjang berada dalam kuliah ini satu situasi yang berbeda sekali dengan kuliah-kuliah yang lain. Kaedah mengambil nota agak menarik kerana kami dibenarkan untuk mengambil gambar pada layar yang terpapar nota-nota penting untuk difahami. Syarahan Dr. agak pantas dan jika pelajar hanya bergantung kepada catatan di atas kertas dijamin tidak sempat menyalin malah maklumat pun hanya dapat sedikit sahaja. Selepas kuliah ini, diberi lagi tugasan yang mana setiap kumpulan dikehendaki membuat persembahan power point. Kami diarahkan membuat persembahan power point sekitar 7 minit dengan paparan 20 slide. Setiap slide hendaklah mengandungi gambar yang disesuaikan dengan peribahasa atau simpulan bahasa. Menggunakan kamera digital sebagai instrument utama, kumpulan kami telah mengambil gambar dibeberapa lokasi dengan possing yang bersesuaian dengan peribahasa yang dipilih. Semasa mengambil gambar keadaan diri saya dan rakan-rakan agak memenatkan disebabkan cuaca di luar bilik kuliah agak panas serta masing-masing nampak keletihan. Walau apapun, akhirnya tugasan ini berjaya juga disiapkan dan tayangan slide dapat dipertontonkan semasa kuliah pada minggu berikutnya. Setelah berakhirnya tugasan ini, rasa kepenatan yang dahulunya telah bertukar menjadi kepuasan. Kegembiraan dan kelegaan jelas terpancar pada setiap wajah ahli kumpulan kami. Hakikatnya, susah senang dapat sama dirasa apabila kita bekerjasama dalam satu pasukan. Minda kami juga diuji dengan beberapa soalan sepanjang kuliah teori. Dr. Melaksanakan aktiviti ini untuk menguji tahap pemahaman kami terhadap kuliah yang telah disampaikan. Markah diberi serta-merta apabila wakil dalam setiap kumpulan berjaya menjawab dengan cepat, tepat dan mantap. Apa yang menarik pada ketika itu ialah saya dapat melihat reaksi diri saya dan rakan-rakan saya apabila diajukan soalan secara spontan. Bagi mereka yang memberikan tumpuan sepenuhnya sudah pasti tidak menghadapi sebarang masalah untuk menjawab soalan yang diajukan tetapi jika sebaliknya pasti individu itu terkial-kial untuk mencari jawapan dan akan memberi peluang kepada wakil dari kumpulan lain untuk mendapatkan markah. Hasil daripada sesi soal jawab sebegini, saya mendapat satu pengalaman mahupun pengajaran yang amat berguna sekali iaitu, kita hendaklah mensiapsiagakan diri dari semua aspek sama ada mental, fizikal mahupun emosi. Di samping itu, kita kena banyak membaca, memberi tumpuan sepanjang pengajaran serta bijak menerima dan menjawab setiap soalan yang diajukan secara spontan. Walaupun kursus ini lebih mengkhusus kepada aspek bahasa dan multimedia, tetapi Dr. mengambil pendekatan yang lebih kreatif mengaitkan kursus ini dengan khidmat bakti kepada masyarakat. Jika dinilai secara sempit memang kursus ini tiada kaitan langsung dengan khidmat masyarakat tetapi jika kita membuka minda kita dengan menyatakan bahasa dan multimedia dapat mentranformasikan masyarakat dan berperanan sebagai wadah yang boleh membantu masyarakat maka tidak mustahil ianya dapat membantu dengan syarat kita bijak mengguna pakai teknologi yang sedia ada ini. Bagi kursus ini, kami telah ditugaskan untuk menjalankan khidmat bakti di rumah anak-anak yatim di sekitar Selangor dan Lembah Kelang. Tugasan ini merupakan kemuncak yang paling bermakna sepanjang saya mengikuti kuliah ini. Bagi saya, proses pembelajaran sebegini, memberi peluang kepada saya untuk menabur bakti kepada anak-anak yatim. Ketika itulah kali pertama saya beramah mesra seterusnya memberi khidmat kepada anak-anak yatim. Sebelum memulakan tugasan ini kami dikehendaki menetapkan rumah anak yatim yang hendak dituju. Tugasan ini telah melibatkan gabungan dua kumpulan. Kumpulan kami (single is better dan kumpulan EMPAT) telah merancang kunjungan khidmat bakti ke asrama anak-anak yatim Sekendi, Sabak Bernam. Persiapan rapi ketika itu telah dilakukan dengan mengemukakan kertas kerja kepada Dr. setelah membuat perbincangan dan taklimat kumpulan. Apa yang saya perhatikan, semua ahli dalam kedua-dua kumpulan telah memberi kerjasama dan komitmen untuk melaksanakan tugasan ini. Itu merupakan petanda yang positif dan bahawasanya setiap apa yang kita lakukan memerlukan perancangan yang teliti di samping peranan semua pihak. Akan tetapi, kami agak terkilan sedikit apabila kertas kerja yang kami hantar tidak diluluskan oleh pihak atasan fakulti. Mungkin disebabkan oleh beberapa faktor di luar bidang kuasa mereka. Wallahualam. Apapun, tugasan kami mendapat restu Dr. untuk dilaksanakan walaupun pada dasarnya ia memerlukan sokongan pihak atasan. Hal begitu memang biasa berlaku dan kami dapat pengajaran daripada situasi seumpama itu. Kendatipun begitu, hasrat untuk menabur bakti tetap membara dalam jiwa kami. Kami nekad untuk melaksanakannya waima berdepan dengan cabaran sekalipun. Kata orang Perkara baik ni tak elok ditangguh-tangguh...redah aje...(sekadar gurauan). Misi diteruskan sesampainya di Asrama Anak-anak Yatim Sekendi. Keadaan pagi itu agak suram sebab adik-adik ada yang belum mandi lagi. Begitulah sedikit gambaran awal masa mula-mula sampai. Keadaan riuh-rendah mula kedengaran apabila kami mengadakan beberapa aktiviti bagi menghiburkan hati mereka. Kedatangan kami ke sana tidak sia-sia kerana jelas terpapar keceriaan di wajah mereka. Dalam kegembiraan itu, hati saya mulai sayu mengenangkan nasib mereka. Walaupun tanpa ibu dan ayah tapi kedatangan kami sedikit sebanyak membantu menggembirakan hati mereka walaupun sekadar bantuan dari segi motivasi dan bimbingan itu sudah memadai mendamaikan jiwa mereka. Kami juga mengadakan beberapa aktiviti seperti permainan bahasa (gayakan bahasamu), sesi ta’aruf dan bimbingan, gotong-royong (clean&clear) di sekitar asrama tersebut. Pada sebelah petangnya iaitu pada sesi terakhir kami telah memberi sumbangan berupa wang ringgit dan cenderamata kenang-kenangan kepada Pengurus Asrama Anak Yatim tersebut. Pengalaman melaksanakan amal kebajikan ini merupakan sesuatu yang teramat indah dalam hidup saya. Walaupun masih bergelar pelajar, berkat usaha, doa dan dorongan semua pihak tugasan ini berjaya dilaksanakan. Tamat sahaja khidmat bakti di Asrama tersebut, kami perlu menyediakan satu persembahan multimedia untuk mengungkap kenangan semasa menjalankan tugasan tersebut. Masa yang diperuntukkan untuk persembahan multimedia adalah sekitar 7 minit. Bukan mudah untuk menghasilkan persembahan multimedia yang menarik. Ianya memerlukan kepakaran dan perlu memasukkan elemen-elemen seperti visual, audio, teks dan lain-lain lagi unsur yang boleh menarik perhatian penonton. Persembahan multimedia itu kemudiannya dinilai oleh Dr. Normaliza dan dibantu oleh dua orang tutor.

Kuliah berikutnya, dikendalikan oleh Prof. Madya Dr. Arbaie Sujud. Beliau memberi tunjuk ajar dalam penghasilan papan cerita dan menurut beliau lagi tidak ada format khusus dalam pembinaan papan cerita. Setelah penerangan diberikan semasa kuliah, kami telah diberi tugasan untuk menghasilkan papan cerita berdasarkan prosedur yang telah ditetapkan. Agak malang bagi kami setelah menghasilkan papan cerita tersebut. Daripada semakan yang telah dibuat terhadap papan cerita yang dihasilkan, ternyata kebanyakan pelajar masih tidak memahami konsep papan cerita berdasarkan tajuk yang diberi. Beliau kesal dengan tugasan yang telah kami hasilkan. Walau bagaimanapun, ianya memberi pengajaran berguna dan sebagai permulaan kepada kami untuk memahami pembinaan papan cerita yang menarik dan mendalami pengetahuan mengenainya. Apa yang dapat saya fahami daripada pengajaran beliau ialah berkaitan konsep, tujuan dan prosedur dalam penghasilan papan cerita. Babak-babak akhir kuliah ini (pada minggu ke-13) aktiviti terakhir yang kami lakukan semasa kuliah ialah mencari 20 perkataan yang berkaitan sepanjang satu semester berada dalam kuliah tersebut dan membuat origami. Pada peringkat akhir aktiviti ini kumpulan kami “single is better” berjaya mencari 17 daripada 20 perkataan menewaskan pencabar-pencabar dari kumpulan lain manakala semasa membuat origami kami akur dengan keupayaan kumpulan lain. Moralnya, kami berasa seronok kerana wujud persaingan yang sihat dalam kedua-dua aktiviti terakhir ini. Kegagalan kami membentuk origami membuktikan bahawa tidak semua perkara kita mampu buat dan ada kalanya kita memerlukan bantuan orang lain dan kemahiran mendengar arahan serta mengikuti setiap langkah-langkah yang diberikan merupakan jalan bagi kita untuk merealisasikan sesuatu yang kita inginkan. Begitulah rentetan peristiwa suka duka yang berlaku semasa kuliah BBM 3410 bersama DR. Normaliza.

Kelas Amali

Berlainan pula halnya dengan kelas Amali. Keseluruhannya bersifat praktikal. Kelas amali ini agak seronok kerana kami melaksanakannya di makmal komputer. Kelas amali kami diadakan pada setiap khamis jam 8-10 malam. Tenaga pengajar pastinya Cik Alia. Kelas amali ini tidak boleh dipandang ringan kerana bersifat individu dan di dalamnya terkandung pelbagai tugasan dengan peruntukan markah sebanyak 30%. Saya mengikuti kelas amali ini bukan kerana ingin mendapatkan markah semata-mata tapi yang lebih penting kemahiran (skills) yang perlu dikuasai. Beberapa tugasan yang ditetapkan sepanjang tempoh amali telah memberi input, kemahiran dan pengalaman yang amat berguna kepada saya. Terdapat 4 tugasan utama yang perlu disiapkan sepanjang tempoh amali tersebut seperti membut persembahan power point, menghasilkan kalender, merekabentuk website dan penghasilan blog. Bagi yang kurang pengetahuan berkenaan komputer seperti saya, agak sukar untuk menyiapkan tugasan ini dengan cepat. Akan tetapi atas tunjuk ajar dan sokongan cik Alia, saya cuba untuk menghasilkan beberapa tugasan mengikut masa yang telah diperuntukkan dan akhirnya tugasan tersebut telah disiapkan dengan sempurna. Mengimbau kembali seketika berada dalam kelas amali, saya dapat rasakan satu pengalaman dan kenangan yang menyeronokkan walaupun pada peringkat awalnya hati saya bercampur baur kerana bimbang tidak mampu melaksanakan tugasan yang diberikan. Namun, kebimbangan itu cuma seketika apabila tercetusnya semangat ingin mencuba. Bermulanya saya dengan sedikit pengetahuan komputer ditambah dengan tunjuk ajar oleh cik Alia, saya mula membiasakan diri menggunakan perisian adobe photoshop, dan prosedur-prosedur yang diberi untuk mereka bentuk website dan menghasilkan blog maka sesuatu yang pada awalnya saya anggap susah akhirnya menjadi mudah. Lagi-lagi kalau kita tidak mahu belajar dan ingin tahu terhadap sesuatu perkara, sudah pasti kita akan ketinggalan. Setelah mengikuti kelas amali ini, timbul kesedaran dalam diri saya betapa pentingnya kita mengetahui tentang teknologi dan mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian kita. Di samping kepentingannya, pengetahuan tentang komputer khususnya perisian multimedia dapat memberi kepuasan dan memudahkan urusan seharian kita. Saya juga yakin, pengetahuan yang saya perolehi melalui kelas amali ini juga dapat membantu saya menyebarkan maklumat kebahasaan contohnya menerusi catatan mahupun coretan pada laman blog yang telah dihasilkan. Dengan ilmu teknologi ini sedikit sebanyak ianya membantu dalam menyebarluaskan bahasa kita.

Membuai Perasaan

Secara peribadi, saya merasakan amat tertekan dan perasaan bercampur-baur semasa mula-mula mengikuti kuliah ini. Belum pernah sebelum ini saya rasakan keadaan tertekan dan amat berbeda semasa berada dalam kuliah-kuliah lain yang pernah saya ikuti. Mana tidaknya, pelbagai arahan demi arahan yang agak tegas dikeluarkan sehinggakan ada ketikanya saya berpandangan negatif terhadap kuliah ini. Namun, lama-kelamaan saya cuba untuk membiasakan diri dengan situasi demikian. Saya cuba belajar untuk menyerap segala tekanan. Saya muhasabah diri dan akhirnya saya perhalusi nurani saya dan belajar bersabar dengan situasi yang berada diluar kebiasaan itu. Mungkin ada hikmahnya, didikan sedemikian. Kadang kala sebagai manusia lebih-lebih lagi sebagai pelajar seharusnya kita bersedia dengan sebarang kemungkinan yang tidak diduga. Kita perlu faham setiap orang ada caranya dan kita perlu menghormati cara mereka. Akhirnya, saya akui dan menerima hakikat bahawa ketegasan, disiplin dan sahsiah yang baik mendorong kita menjadi insan yang tabah dan cekal.

Kalimat sebagai pengakhir wacana

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Dr. Normaliza dan Cik Alia atas bimbingan dan tunjuk ajar sepanjang kuliah dan amali ini. Semoga terus maju jaya dalam perjuangan.... Maaf dipohon andai terkasar budi bicara. Halalkan segala ilmu yang telah diajarkan...doakanlah kejayaanku dalam kehidupan...wassalam...

BBM 3410
dalam
Kenangan...

PERSEPSI PERIBADIKU TERHADAP KETOKOHAN BELIAU

Sejak mengenali beliau dalam kuliah semantik semester lepas, saya dapat rasakan keramahan dan sifat profesional beliau semasa mengajar di dalam dewan kuliah. Semasa di luar waktu kuliah, beliau sangat mesra pelajar. Suka berbicara berkaitan akademik khususnya dan hal-hal lain yang berkaitan dengan isu-isu semasa. Daripada persepsi saya juga, beliau berpewatakan sederhana, sentiasa bersikap positif, suka membantu dan sifat yang membawa kepada kejayaan beliau adalah sifat gigih dan rajin berusaha. Beliau juga dilihat mempunyai visi dan misi hidup yang jelas serta sentiasa berusaha meningkatkan kecemerlangan diri. Walaupun beliau dibebani dengan pelbagai tugasan sama ada sebagai pensyarah, ibu dan tugasan-tugasan di luar bidang beliau tetapi berkat kesabaran dan ketabahan beliau setiap situasi dan cabaran dapat ditangani secara bijaksana. Sikap beliau yang paling saya segani ialah sikap suka membantu, memberi bimbingan serta sering memotivasikan pelajarnya untuk mencapai kecemerlangan diri. Usaha dan pengorbanan beliau selama ini akhirnya terbalas dengan kecemerlangan yang berterusan dan beberapa anugerah yang telah dirangkul...

JAWATAN AKADEMIK DAN LAIN-LAIN JAWATAN YANG DISANDANG MENAMPAKKAN USAHA GIGIH BELIAU

Beliau juga turut memegang beberapa jawatan penting di peringkat fakulti mahupun universiti. Berikut merupakan jawatan yang pernah di sandang oleh beliau sejak 2004 hingga kini;

Penyelia Latihan Mengajar dan Praktikum Kaunseling Semester Kedua
2004/2005

Penyelia Latihan Mengajar dan Praktikum Kaunseling Semester Kedua
2005/2006

Penyelia Latihan Mengajar dan Praktikum Kaunseling Semester
Kedua 2006/2007

Penyelaras Sistem Penasihat Akademik, FBMK (2004-2006)

Penyelaras Sistem Penasihat Akademik, FBMK (2006-2007)

Jawatankuasa Unit Penyelidikan dan Penerbitan Jabatan Bahasa Melayu 2004

Wakil Jabatan Bahasa Melayu ke majlis Forum ‘Strategi Pengajaran dan Pembelajaran di IPTA 2004

Penyediaan Brosur dan Kandungan Kursus untuk Unit Pemajuan Profesional 2004

Jawatankuasa Pemajuan Profesional Jabatan Bahasa Melayu 2004

Jawatankuasa Tentang Unjuran Aktiviti dan Belanjawan Tahun 2005

Jawatankuasa Tetirah Perekayasaan dan Pemantapan Kurikulum Jabatan Bahasa Melayu di Bilik Seri Amar pada 4 dan 5 Februari 2005

Pelapor Bengkel Pemacuan Penyelidikan, Perundingan dan Pengembangan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM 2005

Bengkel Penyelarasan Pelan Strategi UPM-FBMK (2005-2010) di Genting International Convention Centre, Genting Highland pada 10-12 Februari 2006

Bengkel Pemantapan Siswazah dan Penyelidikan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi di Hotel Awana, Genting Highland pada 16-18 November 2006

Penyelaras Pusat Sumber FBMK (15 Jun 2007 – 14 Jun 2009)

Ahli Jawatankuasa Laman Web Fakulti ( 1 Februari 2008- 31 Januari 2010)

Juruaudit Dalaman untuk Sistem Pengurusan Kualiti Skop Penyelidikan dan Pembangunan Komersil 8 Oktober 2008-5 Oktober 2010

Ahli Jawatankuasa Penyelidikan FBMK 15 April 2007 – 14 April 2009

Ahli Jawatankuasa Pengembangan FBMK 15 Ogos 2007-14 Ogos 2009

Penyelaras Wisata Minda FBMK (2008-2010)

Jawatankuasa Laman Web Fakulti ( 2008-2010)

KHIDMAT AWAM

Selain menabur bakti dalam bidang akademik sebagai pensyarah Dr. Zaitul juga aktif dalam khidmat awam yang lain sebagai :-


Penilai Buku Bahasa Melayu Bagi Kegunaan Kanak-kanak Tabika Kemas Tahun 2005- 2006.

Pembimbing ‘On-Site’ Murid Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran, SMK Putrajaya Presint 11

Ahli Jawatankuasa Biro Pendidikan, Persatuan Penduduk Desa Surada 2005-2007

Ahli Jawatankuasa Biro Pendidikan, Persatuan Penduduk Desa Surada 2008-2010

ANTARA SUMBANGAN BELIAU DALAM BIDANG PENERBITAN

BUKU DALAM BIDANG KEPAKARAN

Zaitul Azma Zainon Hamzah .(2006) Memahami Pertuturan Kanak-kanak Melalui Analisis Pragmatik. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.


BUKU TERJEMAHAN BERSAMA

Zaitul Azma Zainon Hamzah .(2006) Program Latihan Jarak Jauh untuk Pegawai Teknologi Perubatan Nuklear Sinopsis Kursus dan Sukatan (Distance Assisted Training Programme for Nuclear Medicine Technologists’ -DAT), Fakulti Perubatan, Universiti Putra Malaysia.

Zaitul Azma Zainon Hamzah .(2007) Siddhartha. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia .(Editor)

Zaitul Azma Zainon Hamzah .(2008) The Orange Girl. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia .(Editor)


ARTIKEL DALAM JURNAL (CITATION INDEXED)

Zaitul Azma Zainon Hamzah and Normaliza Abd Rahim (2006). “Speech amongst Malay Children: An insight of living and maturity”. Journal of PAAL (Pan-Pacific Association of Applied Linguistic International Conference) Vol : 10 (2) 107-124

Normaliza Abd Rahim and Zaitul Azma Zainon Hamzah (2006). “To Collaborate or Not to Collaborate: An Imaginative Learning Approach”. Journal of PAAL (Pan-Pacific Association of Applied Linguistic International Conference) Vol : 10 (2) 143-172

Zaitul Azma Zainon Hamzah Normaliza Abd. Rahim, Normahdiah S. Said and Norizan Che Su .(2007) ” The Inclusion of Semantic and Pragmatic Approach in the Teaching of The Malay Language” The International Journal of Learning, Volume 14, : Coomon Ground Publishing Pty.Ltd Melbourne, Australia.

Normaliza Abd. Rahim,Zaitul Azma Zainon Hamzah, Normahdiah S. Said and Norizan Che Su. (2007) ” An Imaginative Learning Approach to Using The Computer: An Insight with the Special Needs Children”. The International Journal of Learning, Volume 14, : Coomon Ground Publishing Pty.Ltd Melbourne, Australia.

Zaitul Azma Zainon Hamzah dan Norizan Che Su .(2007) “Peranan Media dalam Meningkatkan Pembelajaran dan Penguasaan Bahasa Thai sebagai Bahasa Asing”. Pertanika Journal of Sosial Sciences and Humanities, Volume 15 (2):98-11 Universiti Putra Malaysia.

Zaitul Azma Zainon Hamzah, Normaliza Abd Rahim, Norizan Che Su, Siti Zobidah Omar, Arbaie Sujud, and Ahmad Fuad Mat Hassan. (2008). “Communication of Culture Through Malay Quatrain”. The International Journal of the Humanities. Melbourne, Australia: Common Ground Publishing Pty. Ltd. Volume 6.:135-142

Zaitul Azma Zainon Hamzah, Normaliza Abd Rahim, and Ahmad Fuad Mat Hassan. (2008). “Metaphor and the Development of Pragmatic Competence”. The International Journal of Interdisciplinary Social Science. Melbourne, Australia: Common Ground Publishing Pty. Ltd. Volume 3.:141-148

Zaitul Azma Zainon Hamzah, Normaliza Abd Rahim, Ahmad Azmi Ahmad Nordin, Ahmad Mahmood Musanif, Nur Sabrina Ahmad Azmi, Ahmad Fuad Mat Hassan and Norizan Che Su. (2008). “Culture Conflict Amongst Malaysian Children”. The International Journal of Interdisciplinary Social Science. Melbourne, Australia: Common Ground Publishing Pty. Ltd. Volume 3 : 45-52.

Zaitul Azma Zainon Hamzah, Normaliza Abd Rahim, Norizan Che Su, Noor Aina Dani, Normahdiah Sheik Said and Ahmad Mahmood Musanif. (2008). “Languang and Culture Conflict In The Conversation Among Malaysian Children”. The International Journal of Interdisciplinary Social Science. Melbourne, Australia: Common Ground Publishing Pty. Ltd. Volume 6.: 147-154

Normaliza Abd Rahim, Arbaie Sujud,Ibrahim Salleh and Zaitul Azma Zainon Hamzah. (2008) “Designing The Blog: A Study With The Social Science Students at Kuala Lumpur Infrastructure University, Malaysia”. The International Journal of Interdisciplinary Social Science. Melbourne, Australia: Common Ground Publishing Pty. Ltd. Volume 1 75-82.

Zaitul Azma Zainon Hamzah (2008). “Persepsi dan Pemikiran Kanak-kanak Melayu: Satu Analisis Pragmatik”. Jurnal Bahasa Bil. 15: 56-69. Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei

Normaliza Abd Rahim, Arbaie Sujud, Ibrahim Salleh, Norizan Che Su, Zaitul Azma Zainon Hamzah, Siti Zobidah Omar and Yazariah Yaakob. (2008) “Interaction Pattern in a Language Classroom amongst Special Needs Children: Imaginative Learning Approach”. The International Journal of Learning . Melbourne, Australia: Common Ground Publishing Pty. Ltd. Volume 6(4) : 9:16

Normaliza Abd Rahim, Arbaie Sujud, Yazariah Yaakob and Zaitul Azma Zainon Hamzah,. (2008) “Digital Pictures to Enhances Story Telling Amongst Special Needs Children ”. The International Journal of Learning . Melbourne, Australia: Common Ground Publishing Pty. Ltd. Volume 6(4) : 1:8

Normaliza Abd Rahim, Zaitul Azma Zainon Hamzah and Arbaie Sujud, (2008) “Music Therapy: Story Telling with Special Needs Children ”. The International Journal of Interdisciplinary Social Science . Melbourne, Australia: Common Ground Publishing Pty. Ltd. Volume 3 (5) : 27 -34

Siti Zobidah Omar, Normaliza Abd Rahim, Zaitul Azma Zainon Hamzah and Amini Amir Abdullah (2008) “Urbanization and Its Implication on Malay Women’s Social Interaction” The International Journal of The Humanities . Melbourne, Australia: Common Ground Publishing Pty. Ltd. Volume 6 (4) : 113-124

Norizan Che Su, Zaitul Azma Zainon Hamzah, Normaliza Abd Rahim and Ibrahim Salleh(2008) “The Contrastive and Syntax Analyses in the Thai and Malay Languages” The International Journal of The Humanities . Melbourne, Australia: Common Ground Publishing Pty. Ltd. Volume 6 (4).


ARTIKEL DALAM JURNAL (NON -CITATION INDEXED)

Zaitul Azma Zainon Hamzah (2003 ). “Gangguan dalam Sistem Giliran Bertutur Kanak-kanak Melayu” Jurnal Bahasa Jilid 3 Bil 4: 568-587.

Zaitul Azma Zainon Hamzah (2003) “Peranan Konteks dengan
Gangguan dalam perbualan kanak- kanak”. Jurnal Bahasa Jilid 3 Bil 4 : 624-640.

Zaitul Azma Zainon Hamzah (2004). “Penggunaan Kata Ganti Nama ‘Dia’ dan ‘Kita’ dalam Pertuturan Kanak-kanak Melayu: Satu Analisis Pragmatik”. Jurnal Bahasa Jilid 4 Bil 1: 186 - 204

Zaitul Azma Zainon Hamzah (2005). “Bahasa Konteks, dan Pemikiran
Kanak-kanak Melayu: Satu Analisis Pragmatik”. Jurnal Bahasa, Jilid 5 Bil 2
134-153

Arbaie Sujud, Normaliza Abd Rahim, ,Ibrahim Salleh and Zaitul Azma Zainon Hamzah. Norlida Alias (2008) “We Can Design Too: An Insight with a Group of Students at Universiti Putra Malaysia”. The International Journal of World University Forum. Melbourne, Australia: Common Ground Publishing Pty. Ltd. Volume 1 (3) : 81-88.

Normaliza Abd Rahim, Ibrahim Salleh, Arbaie Sujud, and Zaitul Azma Zainon Hamzah. Norlida Alias (2008) “Breaking The Silence: ICT and Elderly in Malaysia”. The International Journal of World University Forum. Melbourne, Australia: Common Ground Publishing Pty. Ltd. Volume 1(3) : 125:128.

Normaliza Abd Rahim, Siti Nur Alia Roslan, Aiman Mustaqim Roslan Arbaie Sujud, and Zaitul Azma Zainon Hamzah. (2008) “Conversational Styles and Gender: Analyzing Informal Conversational Amongst Students and Lecturers at Universiti Putra Malaysia”. The International Journal of World University Forum. Melbourne, Australia: Common Ground Publishing Pty. Ltd. Volume 1(3) : 9:18.

ANUGERAH YANG DIPEROLEHI OLEH BELIAU

Watikah/Sijil Penghargaan daripada Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustakaa (DBP) atas sumbangan menjayakan Program Cuti Semester Pelajar Bahasa Melayu, Universiti Deakin, Melbourne, Australia dari 18 Disember 2004-31 Januari 2005.

Pingat Gangsa dalam Pameran Reka Cipta Penyelidikan dan Inovasi 2006. Interaksi Kaum Melalui Pengenalan Bahasa dan Budaya Melayu: Satu kajian Pragmatik.

Sijil Perkhidmatan Cemerlang daripada Universiti Putra Malaysia kerana
perkhidmatan cemerlang pada tahun 2004.

Sijil Perkhidmatan Cemerlang daripada Universiti Putra Malaysia kerana
perkhidmatan cemerlang pada tahun 2005.

Sijil Perkhidmatan Cemerlang daripada Universiti Putra Malaysia kerana
perkhidmatan cemerlang pada tahun 2006.

Sijil Perkhidmatan Cemerlang daripada Universiti Putra Malaysia kerana
perkhidmatan cemerlang pada tahun 2007.

AKTIVITI PENYELIDIKAN : SELAKU KETUA PROJEK

Zaitul Azma Zainon Hamzah, (2004) “Interaksi Kaum melalui Pengenalan bahasa dan Budaya Melayu” Penyelidikan Fakulti 2004. Biaya RM 4996.00. Tamat

Zaitul Azma Zainon Hamzah, (2005). “Keupayaan Komunikatif Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa” Penyelidikan Fakulti, FBMK /(11201), UPM. Biaya: RM3000.00 (Penyelidikan bersama Prof. Madya. Dr. Che Ibrahim Salleh)

Zaitul Azma Zainon Hamzah , (2005). “Penerapan Model Sistem Sapaaan Kekeluargaan Minangkabau” Penyelidikan Fundamental (06-04-03-095J) Universiti Putra Malaysia. (RM 27,000).(Ketua projek: ahli penyelidik Prof. Madya. Dr. Noor Aina Dani dan Hj Mhd Amin Arshad).

Zaitul Azma Zainon Hamzah, (2006) “Keimplisitan ujaran dalam komunikasi masyarakat Melayu”. FBMK/0601/JBM01, UPM Ketua Projek.

Zaitul Azma Zainon Hamzah, Ketua Projek. “Konflik Bahasa dan Budaya dalam kalangan Kanak-kanak dan Remaja di Malaysia” (Geran Fundamental Kementerian Pengajian Tinggi) No Projek 03-01-07-003FR RM 60 000.00
Tamat 31 Mei 2008

Zaitul Azma Zainon Hamzah, Ketua Projek “Modul Pemantapan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Peringkat Sekolah Menengah” (Geran Dewan Bahasa dan Pustaka) No Projek DBP/4-9/177/23/50K . 4 (19) Tamat 31 Januari 2009

KENANGAN BERSAMA DR. Z.A.Z.H

Tuesday, April 7, 2009

SEMINAR ANTARABANGSA LINGUISTIK DAN PEMBUDAYAAN BAHASA MELAYU KE-4






BUTIR-BUTIR DIRI DR. Z.A.Z.H

DR. ZAITUL AZMA BINTI ZAINON HAMZAH


Jabatan : Jabatan Bahasa Melayu
Fakulti : Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia

e-mel : zaitul@fbmk.upm.edu.my

Bidang Pengkhususan : Semantik dan Pragmatik

Pengajaran Bahasa Melayu

Penelitian Kualitatif dalam Penyelidikan Bahasa

Pendidikan Awal Kanak-kanak

Terjemahan

No Kad Kakitangan : A 02565

No Kad Pengenalan Baru : 610131-08-5656

Tarikh lahir : 31-01-1961

No Telefon : 03 89468671 (Pejabat) 012 2729088 ( Telefon Bimbit)

Tarikh/tahun mula berkhidmat di Universiti : 16 Ogos 2003

Tarikh disahkan dalam jawatan : 08-09-2004

Tarikh pelantikan ke jawatan sekarang : 01-07-2007

Tahun dan Aras Lulus Penilaian Tahap Kecekapan yang terkini : PTK 5 2007 Aras IV

Latar belakang Pendidikan : 1968-1973 SRJK Datin Khadijah, Kuala Kangsar, Perak

1974-1978 SMK Raja Muda Musa, Kuala Kangsar, Perak

1979-1980 SMK Menengah Clifford, Kuala Kangsar, Perak

1980-1982 Maktab Perguruan Kinta, Ipoh

1993-1997 Universiti Putra Malaysia

1998-2000 Universiti Putra Malaysia

2000-2002 Universiti Putra Malaysia

Kelayakan Akademik : Universiti Putra Malaysia Ijazah Doktor Falsafah (Bahasa Melayu) 2002

Universiti Putra Malaysia Ijazah Master Sastera (Bahasa Melayu) 2000

Universiti Putra Malaysia Ijazah Bacelor. Pendidikan (Pengajaran

Bahasa Melayu sebagai Bahasa Pertama) 1997

Maktab Perguruan Kinta Sijil Perguruan (Pendidikan Awal Kanak-

kanak) 1982

Dewan Bahasa dan Pustaka & Persatuan Penterjemah Malaysia Diploma

Terjemahan 2005