Jika inginkan MUTIARA yang bekerdipan, menyelamlah ke LAUTAN DALAM

Thursday, April 9, 2009

PERSEPSI PERIBADIKU TERHADAP KETOKOHAN BELIAU

Sejak mengenali beliau dalam kuliah semantik semester lepas, saya dapat rasakan keramahan dan sifat profesional beliau semasa mengajar di dalam dewan kuliah. Semasa di luar waktu kuliah, beliau sangat mesra pelajar. Suka berbicara berkaitan akademik khususnya dan hal-hal lain yang berkaitan dengan isu-isu semasa. Daripada persepsi saya juga, beliau berpewatakan sederhana, sentiasa bersikap positif, suka membantu dan sifat yang membawa kepada kejayaan beliau adalah sifat gigih dan rajin berusaha. Beliau juga dilihat mempunyai visi dan misi hidup yang jelas serta sentiasa berusaha meningkatkan kecemerlangan diri. Walaupun beliau dibebani dengan pelbagai tugasan sama ada sebagai pensyarah, ibu dan tugasan-tugasan di luar bidang beliau tetapi berkat kesabaran dan ketabahan beliau setiap situasi dan cabaran dapat ditangani secara bijaksana. Sikap beliau yang paling saya segani ialah sikap suka membantu, memberi bimbingan serta sering memotivasikan pelajarnya untuk mencapai kecemerlangan diri. Usaha dan pengorbanan beliau selama ini akhirnya terbalas dengan kecemerlangan yang berterusan dan beberapa anugerah yang telah dirangkul...

No comments:

Post a Comment