Jika inginkan MUTIARA yang bekerdipan, menyelamlah ke LAUTAN DALAM

Tuesday, August 9, 2011

Dokumentari "Melah Pinang" TV1 : Adat Perkahwinan Melayu Sarawak : Kpg Nanas, Simunjan

Adat adalah gagasan kebudayaan yang terdiri daripada nilai-nilai kebudayaan, norma, kebiasaan, perlembagaan, dan hukum adat yang lazim dilakukan di sesuatu daerah. Apabila adat ini tidak dilaksanakan akan terjadi kerancuan yang menimbulkan sangsi dikalangan masyarakat setempat terhadap pelaku yang dianggap menyimpang (sumber : wikipedia). Masyarakat Melayu memang sangat berpegang kepada bermacam adat. Hal ini kerana adat telah dikaitkan dengan budaya masyarakat sejak turun-temurun lagi. Banyak perkara yang dilakukan oleh masyarakat melayu disertakan dengan adat dalam usaha memelihara warisan bangsa. Begitu juga halnya dalam majlis perkahwinan. Bagi masyarakat Melayu Sarawak, mereka juga memiliki adat tersendiri untuk menambah seri dalam upacara perkahwinan.

No comments:

Post a Comment